Welcome to our Page MyPruBSN4u

INSURANS SEPANJANG HAYAT

"Prudential BSN Takaful merupakan gabungan Plan Perlindungan , Plan Perubatan dan Plan Simpanan dalam SATU akaun."

- Nik Mohd Hasmizie

Selamat datang ke laman info PRU-BSN Takaful. Ia dibina khusus untuk para pelanggan atau bakal pelanggan yang ingin mencari maklumat tentang produk dari Prudential. Laman ini akan memberi info tentang produk dari... Prudential BSN Takaful Berhad dan Prudential Assurance Malaysia Berhad. Web ini telah dibangunkan bagi memberi kemudahan mendapat info yang berkaitan kepada semua. Laman ini juga terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertai kami sebagai Wealth Planner di Prudential.

Segala maklumat yang saya masukkan ke sini akan dipastikan mudah untuk difahami… insyaAllah! Saya akan update dari semasa ke semasa...... saya pasti, anda akan temui segala apa yang anda mahukan di sini...

11.9.11

Takafulink

Takafulink


Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.
Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual:

   

Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu:
    » Participant Unit Account (PUA) - Rujuk manfaat No.1, No.2 dan No.3.
    » Individual Special Account (ISA) - Rujuk manfaat No.4 hingga No.13
    » Investment Unit Account (IUA) - Rujuk manfaat No.14

Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.


1. Khairat Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
     Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada
       tahun itu.
  › Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
   Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60       tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
   Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  › Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)


2. Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
  › Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan      pampasan sekali gus.
  › Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  › Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan      ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana      lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat      Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh
  › Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  › Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang       pelaburan.
  › Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3. Crisis Cover Plus (CCP)
  › Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi      atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
  › Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP      akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
  › Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar      bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no. 1)

4. Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
  › Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu      daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  › Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih      dahulu.

5. Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  › Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini      adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  › Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik      kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai      jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  › Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan      mengikut peratusan (%)
  › Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan      ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula.     Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang     tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4     boleh dituntut untuk tahun itu.

6. Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
  › Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104      minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di      klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh      KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  › Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical      Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  › Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan      ko-takaful.

7. Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  › Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat      kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit.      Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @      TPD)
  › 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD      atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8. Takaful Healthr (i.e Kad Perubatan / Medical Card)
  › Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh      Malaysia.
  › Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  › Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
  › Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9. Medical Cover
  › Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun      Bedah.
  › Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  › Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  › Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar      keseriusan (Severity Level)
  › Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  › 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun      Bedah)
  › Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level)

10. Elaun Hospital (Hospital Benefit)
  › Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  › Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400      sehari.
  › Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  › Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum      unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat      Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  › Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun      Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini      juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical     Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari     bekerja.
  › Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100      hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  › Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

11. Elaun Lumpuh (Disability Provider)
  › Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent     Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  › Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12. Manfaat Pengkebumian
  › Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini      boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit      pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.


13. Premium Percuma (Contributor Benefit)
  › Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu     daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  › Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor,      Takaful Saver Parent Contributor

14. Pulangan Pelaburan
  › Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa      dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  › Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang      anda pilih).
  › Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan      dalam Takaful Saver.


Contoh Plan salah seorang Client saya,
seorang cikgu umur 23 dan tidak merokok.

Contribution bulanan RM 200 sebulan

Benefit yg dia dapat :

Khairat Kematian                RM 40,000
Penyakit Kritikal                 RM 20,000
Kemalangan                         RM 50,000

Medikal Kad                       RM 750,000   (Takaful Health with No Claim Bonus RM 200)
Room & Board                    RM 200 Sehari
Elaun Harian                       RM 300 Sehari

Contributor : Payment bulanan akan free jika client diagnos penyakit Kritikal

Saving projected berdasar 9% pada umur 50 thn : RM 71,993

** Quotation berdasarkan SQS - Agency ver 1.4.0.3

1 comment:

  1. kalau prudential insurance macam mana pulak ? apakah manfaat nya ?adakah sama dengan prudential takaful..

    ReplyDelete