Welcome to our Page MyPruBSN4u

INSURANS SEPANJANG HAYAT

"Prudential BSN Takaful merupakan gabungan Plan Perlindungan , Plan Perubatan dan Plan Simpanan dalam SATU akaun."

- Nik Mohd Hasmizie

Selamat datang ke laman info PRU-BSN Takaful. Ia dibina khusus untuk para pelanggan atau bakal pelanggan yang ingin mencari maklumat tentang produk dari Prudential. Laman ini akan memberi info tentang produk dari... Prudential BSN Takaful Berhad dan Prudential Assurance Malaysia Berhad. Web ini telah dibangunkan bagi memberi kemudahan mendapat info yang berkaitan kepada semua. Laman ini juga terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertai kami sebagai Wealth Planner di Prudential.

Segala maklumat yang saya masukkan ke sini akan dipastikan mudah untuk difahami… insyaAllah! Saya akan update dari semasa ke semasa...... saya pasti, anda akan temui segala apa yang anda mahukan di sini...

24.9.11

Soalan Lazim (FAQ)

1) Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?

Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah. Sila rujuk -

1) Majlis Pengawasan Syariah
2) Senarai Operator Takaful

2) Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?

Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM120 sebulan manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan serendah RM100 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut faktor-faktor berikut dan juga keperluan pelanggan :
  • Jumlah manfaat yang di ambil
  • Umur
  • Jantina
  • Pekerjaan
  • Merokok / Tidak Merokok
Selain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan. Untuk mendapatkan manfaat-manfaat dan jumlah sumbangan yang sesuai untuk anda, sila dapatkan Quotation Percuma.

3) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?
Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :

  1. Kad Kredit
  2. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
    • Maybank
    • CIMB Bank
    • RHB Bank
    • Bank Simpanan Nasional
  3. Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
  4. Melalui internet - Maybank2u
  5. Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
  6. Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek
4) Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari akaun?
Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM1,000. Contohnya, apabila nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM10,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai sebanyak maksima RM9,000.

5) Apakah kegunaan Kad Perubatan?

Kad perubatan merupakan manfaat tambahan yang boleh di sertakana bersama-sama pelan Takaful keluarga Takafulink. Ini bertujuan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless). Anda hanya perlu membawa Kad Perubatan ini semasa membuat pendaftaran kemasukan ke Hospital panel.

6) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?
Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital-hospital yang menjadi Panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen).

7) Kenapakah tuntutan saya di tolak?
Terdapat beberap faktor yang menyebabkan tuntutan anda di tolak oleh syarikat. Sila rujuk artikel "Kenapa Tidak Dapat Claim?"

8) Bagaimana cara untuk membuat tuntutan (Claim)?
Di PruBSN Takaful, kami sebagai ejen komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu daripada tanggung jawab ejen adalah membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada ejen butir-butir tuntutan (hospital,Doktor yang merawat,jenis penyakit, dsb) dan memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal,itemised bil dan laporan doktor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doktor semasa "discharge" adalah tidak mengapa, kerana ejen akan membuat follow-up bagi pihak pelanggan.
9) Apakah dokumen yang di perlukan bagi membuat tuntutan (Claim)

Membuat tuntutan biasanya memerlukan beberapa dokumen seperti berikut :

i) Tuntutan Bil Perubatan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
2) Resit Asal
3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

ii) Tuntutan Elaun Hospital / Elaun Pembedahan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

iii) Tuntutan Kematian

1) Laporan pihak hospital
2) Salinan Sijil Mati (yang di sahkan)
3) Laporan port-mortem (jika berkenaan)
4) Sijil Takaful
5) Borang tuntutan

10) Berapa lamakah masa yang di ambil bagi mendapatkan sesuatu tuntutan

Membuat tuntutan memerlukan dokumen yang lengkap seperti yang telah di senaraikan di atas. Oleh itu, masa yang di perlukan bagi mendapatkan dokumen-dokumen (contohnya laporan perubatan dari doktor mungkin memerlukan masa antara 2 minggu hingga 2 bulan). Ini akan mempengaruhi tempoh masa bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Apabila semua dokumen yang di perlukan telah lengkap, syarikat akan mengambil masa 21 hari bekerja bagi memproses tuntutan tersebut. Anda di galakkan selalu berkomunikasi dengan ejen bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan tuntutan anda.

No comments:

Post a Comment