Welcome to our Page MyPruBSN4u

INSURANS SEPANJANG HAYAT

"Prudential BSN Takaful merupakan gabungan Plan Perlindungan , Plan Perubatan dan Plan Simpanan dalam SATU akaun."

- Nik Mohd Hasmizie

Selamat datang ke laman info PRU-BSN Takaful. Ia dibina khusus untuk para pelanggan atau bakal pelanggan yang ingin mencari maklumat tentang produk dari Prudential. Laman ini akan memberi info tentang produk dari... Prudential BSN Takaful Berhad dan Prudential Assurance Malaysia Berhad. Web ini telah dibangunkan bagi memberi kemudahan mendapat info yang berkaitan kepada semua. Laman ini juga terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertai kami sebagai Wealth Planner di Prudential.

Segala maklumat yang saya masukkan ke sini akan dipastikan mudah untuk difahami… insyaAllah! Saya akan update dari semasa ke semasa...... saya pasti, anda akan temui segala apa yang anda mahukan di sini...

11.9.11

Kos-Kos Rawatan Penyakit di Malaysia



























Diramalkan dalam tempoh 10 tahun 72 peratus kematian akan disebabkan penyakit kritikal seperti kegagalan buah pinggang, kardiovaskular dan diabetes. 

Penyakit kronik tidak berjangkit seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit kronik buah pinggang (CKD) kini mengambil tempat penyakit berjangkit sebagai ancaman utama kepada kesihatan umum dan bajet kesihatan seluruh dunia. 

Ketika kematian disebabkan penyakit berjangkit dijangka menurun sebanyak 3 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, penyakit kronik tidak berjangkit pula dianggarkan meningkat 17 peratus dengan menyebabkan 72 peratus kematian terutama dikalangan mereka yang berumur 30 tahun ke atas. 

Contoh, masalah buah pinggang yang sebelum ini tidak mendapat perhatian kini muncul sebagai unsur kritikal dalam usaha pencegahan penyakit. Penyakit itu menjadi komplikasi yang menyebabkan kematian dikalangan pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta mampu menjadi indikator perkembangan kejadian kardiovaskular. 

Ketua Perkhidmatan Nefrologi, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Rozina Ghazalli, berkata masalah dalam fungsi buah pinggang juga menandakan masalah dalam sistem vaskular. 

Justeru, katanya ia boleh menyumbang kepda pengesanan awal penyakit lebih serius seperti strok, vaskular periferi, masalah jantung kronori dna kegagalan fungsi buah pinggang (ESRF). 

"CKD wujud apabila perkumuhan albumin dalam air kencing seseorang individu meningkat. Penurunan fungsi buah pinggang atau kadar filtrasi glomerular (GFR) yang banyak juga menandakan wujudnya penyakit ini," katanya. 

Beliau berkata , ini menyebabkan wujud kompilakasi lain seperti tekanan darah tinggi, masalah kurang darah (anamia), penyakit jantung dan masalah salur darah lain. 

Diseluruh dunia, katanya terdapat lebih daripada 500 juta individu atau seorang dari 10 orang populasi menghidap penyakit buah pinggang dalam tahap yang berbeza. 

Punca utama penyakit buah pinggang adalah masalah nefron atau radang pada buah pinggang, jangkitan, halangan salur kencing serta penyakit keturunan seperti penyakit buah pinggang polisistik. 

"Dinegara maju dan membangun, puncanya pula dikaitkan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi. Penyakit ini juga punca paling biasa penyakit kardiovaskular," katanya. 


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan untuk menurunkan kadar kematian disebabkan penyakit kronik sebanyak dua peratus setahun untuk 10 tahun akan datang iaitu bersamaan dengan 36 juta kematian.
 


Justeru, usaha WHO itu harus diselarikan dengan perancangan kesihatan diseluruh dunia. Satu daripadanya sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang dirai bagi menyebarkan mesej CKD adalah masalah kronik yang kerap berlaku, berbahaya tetapi boleh dirawat. 

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Hari Buah Pinggang Sedunia 2008, Dr Goh Bak Leong, berkata sambutan tahun ini menggabungkan kerjasama antara Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Persatuan Nefrologi Malaysia. 

"Kempen itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalh penyakit buah pinggang, kepentingan pegesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang di kalangan kanak-kanak, selain lapisan masyarakat yang lain. 

"Ia membabitkan sesi ceramah umum dan pemeriksaan kesihatan buah pinggang oleh unit bergerak Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan," katanya.
  

Sumber : Berita Minggu 
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronori di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam! 
Bagi penyakit barah pula, maklumat kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu. 

Meskipun statistik agak mengerikan, kadar pemulihan menggalakkan jika diagnosis dan rawatan diberikan pada peringkat awal penyakit kritikal. Malah, berbekalkan kemajuan perubatan, kadar pemulihan hari ini lebih baik dari dulu. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang pulih boleh meneruskan kehidupan produktif. Akan tetapi, pesakit perlu membuat peruntukan untuk kos pemulihan, rawatan khas dan perubahan diet dan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh. 
Apakah dana kita mencukupi untuk mendapatkan rawatan? Menurut kajian Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada 2008, ahli berusia 54 tahun memiliki purata simpanan sebanyak RM132,539 sahaja. Tinjauan sebuah bank pula melaporkan rakyat Malaysia hanya memiliki simpanan yang boleh bertahan 11 minggu. Sekiranya mereka kehilangan mata pencarian, satu bagi setiap lima orang menyatakan simpanan mereka boleh menanggung perbelanjaan biasa selama empat minggu sahaja. Simpanan ini hanya meliputi perbelanjaan harian dan tidak termasuk perbelanjaan perubatan untuk sesuatu penyakit kritikal. 
Kos perubatan kanser boleh menokok sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000. 

Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah kita mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini? 

"Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain kemungkinan kehilangan mata pencarian. Ini amat membebankan kewangan pesakit dan mereka yang tersayang. Atas alasan itulah persediaan kewangan amat penting.

1 comment:

  1. Terima kasih Nik Mohd. Hasmizie diatas info ini.

    ReplyDelete